top of page

PERODUA BEZZA DIKEMASKINI | HARGA KEKAL


18 APRIL 2017 : Selasa | Seperti yang kita tahu Perodua telah melancarkan satu produk baru model Sedan pada bulan Julai 2016.

Tapi tahukah anda, TERKINI Perodua telah menaiktaraf model tersebut dan diberi nama Perodua Bezza Premium X dan Advance. Ia tampil dengan wajah baharu yang lebih segar di bahagian interior kereta tersebut. Seperti yang anda boleh lihat di dalam gambar, bahagian dashboard kereta tersebut dinaiktaraf dengan menggunakan sentuhan chrome berbanding silver trim untuk model sebelumnya.

Selain itu, ia kelihatan lebih mewah dengan rekaan kerusi bersalut kulit berbanding kain biasa.

Untuk Perodua Bezza 1.3 Premium X akan ada penambahan fog lights, sensor parking bahagian hadapan kenderaan, sistem bluetooth dan usb serta boleh start kereta menggunakan sistem butang (smart keyless entry).

Bagi mereka yang lebih gemar dengan kereta ala-ala sporty sedikit, boleh cuba lihat Perodua Bezza 1.3 Advance yang menawarkan side skirting, stereng dibaluti kulit dengan sistem audio dan lain-lain lagi.

Tambahan lain, Perodua kini menawarkan lima jenis Perodua Bezza yang bernama 1.0-litre A/T and M/T, the 1.3-llitre Premium X A/T and M/T and the 1.3-litre Advance A/T.


Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page