top of page

HADIAH HARI LAHIR BUAT ANDA SEMUA

Khamis : 6 April 2017 | Di atas permintaan ramai (penyewa-penyewa) sebelum ini, pihak kami sangat berterima kasih serta berbesar hati menerima sebarang komen atau cadangan demi memastikan kelangsungan aktiviti kereta sewa berjalan dengan baik dan lancar.

Oleh itu, pihak kami telah mempertimbangkan berkenaan kempen Hari Lahir yang kami jalankan sebelum ini yang mana, anda hanya boleh tebus rebate tersebut pada Hari Lahir anda sahaja.

TERKINI! Setelah mengadakan pertemuan dan perbincangan, pihak kami telah sebulat suara dengan memanjangkan tempoh sah guna rebate kempen tersebut dari sehari kepada seminggu bermula pada hari pertama Hari Lahir anda.

Sempat juga kami dapatkan sedikit ulasan dari pihak atasan Global Wasi Travel & Tours Sdn. Bhd.

"Matlamat kami hanya satu, pengguna atau penyewa gembira sebelum dan selepas menggunakan perkhidmatan kami. Pihak kami berharap, ia (dengan memanjangkan tempoh sah rebate) dapat memberi manfaat kepada orang awam serta para pengguna (penyewa). Selamat menyewa kepada semua." - Mohammad Shaifuddin b. Adam


Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page