top of page

FAIZ SUBRI PEMENANG ANUGERAH PUSKAS 2016

TAHNIAH di atas kejayaan beliau sebagai pemenang anugerah Puskas 2016. Seluruh rakyat Malaysia sudah pastinya berbangga dengan pencapaian Faiz Subri, 29, yang berasal dari Ayer Hitam, Kedah.

Tidak ketinggalan, beliau juga turut menerima ucapan tahniah daripada pemain terbaik dunia 2016, iaitu Cristiano Ronaldo.

"Selepas saya menerima anugerah itu, Cristiano Ronaldo mengucapkan tahniah kepada saya. Saya juga sempat bergambar dengannya, memang ketika itu saya tak tahu nak kata apa lagi," katanya ketika ditemui Arena Metro selepas majlis anugerah itu yang berlangsung di TPC Switzerland AG.

Anugerah Puskas ini ialah merupakan anugerah bagi pemenang yang telah mencipta gol yang tercantik sepanjang tahun 2016. Dengan mendapat undian sebanyak 59.46 peratus bagi gol sepakan percuma ke atas Pahang ketika aksi Liga Super pada 16 Februari tahun lalu, dia menewaskan pencabar dari Brazil Marlone (22.86) dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela (10.01).

Akhir kata, semoga beliau dinobatkan dengan pangkat "Dato". TAHNIAH sekali lagi buat beliau.


Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page