top of page

5 PUNCA KESESAKAN LALU LINTAS YANG BOLEH DIELAKKAN

Terdapat pelbagai punca berlakunya kesesakan lalu lintas. Tetapi hari ini admin ingin senaraikan 5 PUNCA KESESAKAN LALU LINTAS YANG SEBENARNYA BOLEH DIELAKKAN.

  1. Tidak beratur di laluan jalan.

Apabila sedang elok kenderaan atau pemandu lain beratur pada laluan jalan yang dibenarkan (Atas jalan dan dalam garisan), pastinya muncul seorang lagi makhluk yang kononnya dia dalam keadaan tergesa-gesa nak cepat, seolah-olah dia sahaja yang nak cepat. Bukan begitu, ada caranya. Apabila berlakunya hal sedemikian, ia membuatkan pemandu lain hilang respect dan ikut potong queue. Maka bermulalah kesesakan tersebut apabila masing-masing ingin masuk semula ke satu lorong di hadapan.

2. Tak bertimbang rasa.

Kawan tu dah bagi signal dah, tanak juga diberi lalu. Payah juga. Ni mungkin kes macam di atas, bila dah potong queue, buat rasa tak bersalah, kemudian cuba pancing nak masuk dengan buat “baik” bagi signal. Kalau masing-masing tak mengalah, memang jammed teruk lah huhu.

3. Double Park.

Benda ni dah lama famous, dan masing-masing memang dah faham. Tapi tu lah, harap-harap perilaku dapat mencerminkan tahap pemikiran. Admin harap sangat benda ni dapat dikurangkan dan pelan-pelan luput dek zaman. Ameen.

4. Pandu perlahan (40km/h), tapi duduk lane kanan.

Pemandu yang syok sendiri juga perlu memainkan peranan penting, kerana memandu terlalu perlahan juga sangat bahaya, lebih-lebih lagi ketika waktu hujan lebat dan tidak menyalakan lampu. Ada juga yang kata, “Nak cari rumah sewa ke bang?” hihihi

5. “Menonton Konsert”

Bila berlakunya kemalangan, teruskan perjalanan dengan selamat dan berhati-hati. Jika tiada niat untuk membantu, atau sudah ada yang membantu, kita disarankan untuk meneruskan perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jika berlakunya kesesakan lalu lintas, bagaimana pula kereta peronda atau van ambulance ingin tiba ke destinasi kemalangan tersebut? Fikir-fikirkan.

Akhir kata, hati-hati ketika memandu dan saling hormat-menghormati antara pengguna jalan raya. Selamat menyewa :)

#KeretaSewaKluang 014 524 6775

#KeretaSewaMuar 017 7655 367


Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page