top of page

JOM KENAL BAHAGIAN DALAM KERETA KITA

1. REAR MIRROR

- Tahukah anda? Bahagian yang admin "highlight" dengan warna merah tu anda boleh gunakan ketika waktu malam.

- Bila nak guna? Haaa, bila lampu kereta di belakang kenderaan anda terlalu terang melampau sehingga membuatkan anda memandu secara tidak selesa disebabkan silau.

- Caranya? Hanya tarik sahaja "plate" bahagian yang admin "highlight" kan tu.

- Dengan cara ini anda masih lagi boleh memandu dan melihat kenderaan belakang dengan senang hati.

- Selamat mencuba :)

2. METER MINYAK

- Kadang-kadang kita lupa kedudukan tangki minyak kenderaan kita di sebelah kiri atau kanan.

- Mungkin juga ada yang menyewa atau meminjam kenderaan kawan. Dah sampai stesen minyak, tak tahu pula belah mana kedudukan tangki minyak.

- Okay, mungkin anda boleh gunakan tips ini sebagai rujukan.

- Merujuk pada gambar, kita boleh lihat ada anak panah kecil di sebelah logo pam minyak. Jika ia terarah ke kiri, itu bermakna kedudukan tangki minyak berada di sebelah kiri, begitu juga sebaliknya.

3. HAZARD SWITCH

- Kebiasaannya, button ni berwarna merah bersama logo rasminya iaitu tiga segi.

- Hazard Switch ini merupakan button "Double Signal" yang boleh anda gunakan ketika berlakunya kecemasan.

4. Air Cond

- Kebiasaannya, ramai yang terkeliru antara button air-cond dengan button haba untuk tingkap belakang kenderaan.

- Button "A/C" adalah untuk anda mendapatkan udara yang sejuk. Jika tidak, kereta anda hanya mengeluarkan angin kipas sahaja.

- Jangan tersilap, nanti ingat air-cond kereta rosak pula hihi

- Gambar orang bersama anak panah itu pula, anda boleh pusingkan ke kiri atau ke kanan untuk halakan kedudukan angin air-cond anda samada pada bahagian muka, kaki, atau lain-lain.

5. Window Heater Switch

- Ini adalah button haba untuk tingkap belakang kenderaan anda.

- Ia berfungsi untuk mengelakkan wap-wap yang ada di tingkap belakang kenderaan anda.

- Selalunya kita akan gunakan button ini ketika waktu hujan atau awal pagi bagi memudahkan kita untuk melihat ke belakang kenderaan.

- Untuk garisan biru itu pula, anda boleh pusingkan juga ke kiri atau kanan untuk tingkatkan suhu sejuk kenderaan anda.

6. Air Cond Fan

- Ini merupakan button air-cond fan. Anda boleh tetapkan kelajuan kipas yang anda inginkan.

- Gambar kenderaan di bawah tu pula, anda boleh pusingkan ke kiri atau ke kanan untuk tentukan samada anda inginkan pusingan udara dari dalam atau luar kenderaan.


Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page