top of page

3 ZOO UNTUK PERCUTIAN RINGKAS BERSAMA ANAK-ANAK

1. ZOO MELAKA

- Terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia.

- Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.

- Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.

2. ZOO NEGARA

- Zoo Negara Malaysia atau Zoo Negara adalah zoo nasional yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi.

- Terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur.

3. ZOO TAIPING

- Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.

- Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan.

- Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian.

- Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia.

- Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu).


Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page